Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

TIPS PILIH BISNES : YANG RAMAI ORANG BUAT

0

Bukan tak pernah orang cakap dengan saya, “Bisnes XXXXX ni dah ramai orang buat… takde can dah la”.. tapi tahukah anda, salah satu ciri bisnes yang menguntungkan adalah BISNES YANG RAMAI ORANG BUAT.

Kenapa saya kata begitu?

(1) TERBUKTI

Kenapa ramai orang buat bisnes ni? Sebab terbukti bisnes ni memang menjadi, ramai yang berjaya, ramai yang sedang berjaya, dan ramai lagi yang sedang membina dan merangka kejayaan mereka.

Tak perlu nak fikir-fikir, atau orang kata ‘gamble’, sebab dah proven memang menjadi lagi menjadi-jadi.

(2) MUDAH NAK BELAJAR

Bila kita buat bisnes yang kita sorang je buat, tak ada orang yang boleh tunjukajar kita. Tak ada orang yang berpengalaman… tak ada orang yang pernah buat dan berjaya pun. Siapa nak ajar dan beri nasihat berguna kepada kita? Kan susah tu.

(3) PERATUSAN KEJAYAAN TINGGI

8 dari 10 orang yang menceburi perniagaan yang ramai orang, menemui kejayaan. Lagi 2 orang tu mungkin mereka tak buat betul-betul. Benda mudah buat apa nak disusah-susahkan.

(4) PERSAINGAN YANG SIHAT

Bila kita buat perniagaan yang sama, kita senang nak compare apple to apple dengan pesaing kita. Misalnya bila sales pesaing kita naik dan sales kita turun, mudah untuk kita tengok balik apa yang kita tak cukup buat lagi. Tapi kalau bisnes tak sama, bagaimana nak bersaing. Jualan kuih raya meningkat di musim perayaan tapi kalau kita tak jual barang yang berkaitan dengan raya, kita tak boleh nak jadikan musim raya sebagai masa nak untung berganda.

(5) BENDA ORANG DAH BUAT UNTUK KITA

Kajian pengguna, R&D, lab test, semua orang dah buatkan untuk kita. Kita cuma perlu jalan terus saja. Bukan murah nak buat semua-semua tu.

(6) PERMINTAAN YANG SANGAT TINGGI

Bila ramai orang buat bisnes yang sama, maknanya permintaan tu sangat tinggi. Jangan risaulah dengan tanggapan “Kalau semua orang berbisnes, siapa nak jadi pembeli?”.. rakyat Malaysia ada 33 juta, takkan lah 33 juta tu semuanya nak buat bisnes yang sama. Cuba anda lihat dalam keluarga dan rakan-rakan anda, berapa kerat je pun yang berbisnes…

Bila nak buat bisnes, belajarlah dari orang yang buat bisnes. Jangan ikut assumption sebab apa yang kita assume tu biasanya langsung tak kena dengan hakikat yang berlaku.

Nak bisnes dengan kami?

Klik SINI

I am a wife to a great husband. I am a proud mother to three adorable sons. I am a fulltime work at home mom. I am breastfeeding my 3 sons, and looking forward to breastfeed my next babies. I like to share my little experiences in parenting, breastfeeding, pregnancy because every journey is unique. Bundle of joys, Ayyash, Miqdad & Ubaidah.

Comments are closed.