Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Rasa Diri Loser?

0

Saya pernah rasa struggle nak terima diri sendiri. Rasa diri loser, rasa diri penuh kekurangan, dan rasa jadi musuh pada diri sendiri.

Selalu salahkan kenapa orang ni buat aku macam ni, kenapa orang tu buat aku macam tu, walhal sebenarnya..bila kita fokus pada perkara yang kita sendiri tak mampu nak kawal, kita akan jadi makin stress dan terus stress..

Lama kelamaan saya mula belajar untuk terima setiap kekurangan diri. Saya belajar untuk raikan setiap kejayaan kecil yang saya capai..saya mula beri credit pada diri atas apa yang saya terima dan ada.

Dalam struggle untuk terima 1001 imperfections diri sendiri, saya mula belajar untuk

1. List down apa yang saya suka tentang diri kita, and start telling myself – Saya terima diri saya dan saya sayang diri saya sedalam2nya

2. Kurangkan fokus untuk dapat approval orang dalam setiap apa yang kita nak buat..selagi apa yg kita nak buat tu dibenarkan disisi agama, just do it

3. Jauhkan diri kita dari orang yang selalu buat kita rasa down, create new circle yang lebih positif utk diri kita

4. Maafkan kisah silam kita.. ada orang sukar nak terima diri dia disebabkan kisah silam. Berdamai dengan masa silam, hati kita akan semakin tenang dan lapang.

5. Setiap hari, buatlah sesuatu yg boleh buat kita happy sampai tak perlu harapkan orang lain utk bahagiakan kita

6. Focus on writing your story, instead of reading, watching and hearing about everyone else’s – jangan compare life kita dengan life orang lain, Allah dah atur cantik perjalanan hidup kita

7. Percaya dengan kemampuan diri sendiri dan tunjukkan rasa bersyukur dengan apa yg kita miliki sekarang.

8. Tanamkan abundance mindset dalam diri kita, inshaAllah kita dah tak peduli dengan rezeki yg ada di tangan orglain, sebaliknya kita bersyukur dan hargai dgn setiap nikmat yg Allah dah limpahkan utk kita

The bottom line is – People will come and go. Events will come and go. Day and night will come and go. But a true love for yourself will always remain with you, if you nurture it.

Start loving yourself, more and more.

Zulaikha
I love myself so much!

#ZedNaInspiration

I am a wife to a great husband. I am a proud mother to three adorable sons. I am a fulltime work at home mom. I am breastfeeding my 3 sons, and looking forward to breastfeed my next babies. I like to share my little experiences in parenting, breastfeeding, pregnancy because every journey is unique. Bundle of joys, Ayyash, Miqdad & Ubaidah.

Leave A Reply

CommentLuv badge