Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Pengalaman Demam Denggi Dan Ikhtiar Naikkan Platlet

0

Bismillah.

Harini baru ada rasa nak share..sebab ramai yang whatsapp personal tanya kenapa, masih dalam fasa nak recover dari demam denggi. Pertama kali kena seumur hidup, yaAllah trauma fobia semua ada.

Start tiba² demam mengejut lepas balik dari event #ireachmoveup hari Sabtu (15 feb). Start dalam grab sebelum sampai rumah badan dah rasa lain. Sakit kepala, badan dah start panas.

Mula² ingatkan kena demam urat je, sebab seharian duduk dalam aircond yang sejuk gila..lupa nak pakai sweater. Mujur baby Arwaa ok je tak demam apa.

Ahad.

Still demam kuat. Sakit kepala teruk. Pergi klinik doc bagi Uphamol. Telan jugak sebab dah tak larat sangat. Malam sebelum tu dah telan megadose #vitaminC dan #Nutriferon 2 sachet. Mintak suami bancuhkan air #PerformanceDrink. Habis je bancuh lagi. Begitulah ulang².

Malangnya telan uphamol habis badan gatal². Muka pun sampai bengkak. Masa ni tengok muka sendiri pun tak kenal dah. Taktau la start bila alergic dengan paracetamol ni. So takdela ubat utk demam ni, just lap² badan je and continue megadose vitamin C.

Hari ke empat demam. Tak kebah langsung. Suhu cecah 40.3°.. ajak suami gi hospital kajang terus. Baru dapat komfemkan denggi. Doc dah suruh admit tapi memandangkan baby tak boleh admit sekali, terpaksa mintak balik jugak.

Bincang².. esoknya lepas ambil darah di KK terus balik muar admit hospital sana. Mudah sikit sebab mak dan adik² ada boleh tolong tengokkan anak⁴.. maka berkampunglah 3 hari dalam wad dan bermula episod ambil darah berkali² sehari..

Setiap kali ambik darah setiap kali doc tanya warning sign macam cirit birit, muntah², dan sakit perut. Alhamdulillah takde semua tu.. rasa macam mati hidup semula bila kena denggi ni. Allahu. Minta dijauhkan sampai bila²…

Kawasan rumah memang baru je fogging last month, tapi tulah..diri sendiri tak aware..masa bila kena gigit nyamuk pun tak perasan. Lepas ni memang kena extra care..nauzubillah min zalik. Moga Allah lindungi ..

8 hari denggi, habis 2 tong performance drink + sekotak nutriferon. makan memang tak selera langsung, minum air masak memang loya jadi syukur sangat ada air performance ni..

Sakit² badan pun ada lagi.. tapi alhamdulillah banyak dah recover. Terima kasih kat suami, mak, adik beradik, dan semua yang bantu dan mendoakan.. serius rasa macam dapat nyawa baru.

Masa demam tu macam² terbayang. Trauma. Syukur Allah bagi peluang lagi untuk bernafas. 😭

Semoga Allah jaga dan lindungi kita semua. Semoga dengan sakit ni Allah hapuskan dosa²… Dan semoga Allah beri kesembuhan buat semua yang sedang diuji kesakitan..

Hanya pada Allah kita berserah, ikhtiar sebaiknya.

Allah yang maha menyembuhkan.
Allah yang maha memberi kekuatan.

Terima kasih ya Allah.

❤️

Kesimpulannya..

Kalau diuji dengan demam denggi, bolehlah ikhtiar dengan :

1) banyakkan minum air performance drink. Air ni akan bantu cegah badan kita dari dehydrated dan balancekan elektrolit dalam badan. Much better dari minum air masak saja.. taklalu nak telan, loya tekak..

2) ambil esp utk beri pemulihan pada sel badan, dan beri tenaga pada badan. Masa denggi ni selera makan memang out habis tapi lapar… So saya alas dengan esp ni je.

3) kuatkan immune badan dengan nutriferon. Wajib. Sebab masa ni badan lemah sangat… Alhamdulillah ia sangat membantu saya.

4) jangan skip vitamin c. Ambil megadose supaya badan boleh lawan penyakit ni. InshaAllah kita ikhtiar..

5) sup ketam. Ni memang petua turun temurn kan..tapi alhamdulillah dlm banyak² makanan bila dapat hirup sup ketam ni selera makan tu ada.. perut pun rasa kenyang, makan dengan bubur nasi

Mula² diagnos denggi platlet 151

Lepastu turun 138

Lepas tu turun lagi 124

Lepastu turun lagi 113

Lepas tu alhamdulillah naik…tak turun dah. Lega sangat ya allah😭

Updated : Alhamdulillah discaj Sabtu lepas (22hb) , terima kasih yang sempat datang ziarah. Sekarang dah hampir 100% recovery inshaAllah. Syukur juga Allah bagi kekuatan urus order² customer, yelah walaupun klik order di web je kan.

I am a wife to a great husband. I am a proud mother to three adorable sons. I am a fulltime work at home mom. I am breastfeeding my 3 sons, and looking forward to breastfeed my next babies. I like to share my little experiences in parenting, breastfeeding, pregnancy because every journey is unique. Bundle of joys, Ayyash, Miqdad & Ubaidah.

Leave A Reply

CommentLuv badge