Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Pengalaman Bersalin Czer Di Hospital Kajang

0

EMERGENCY C-SECTION

“Doktor, doktor, tengok ni cepatttt!”

Jerit staffnurse sambil beberapa doktor berlari masuk dalam labour room aku.

Terus berdebar laju jantung.

Ada masalahke?

“Aduh, dalamnya.”

Sebut staffnurse. Mula² tak faham.

Tapi dapat tangkap rupanya bacaan ctg baby tak cantik.

Doktor masuk.

“Ok, terus czer!”

Gulp. Terus telan air liur aku.

Lepas doktor explain semua, redha. Buatla apa je asalkan baby selamat.

Beginilah perjuangan wanita melahirkan anak.

Langsung tak boleh nak jangka.

Sepanjang mengandung takde gdm. Bp cantik. Hb pun cantik. Memang boleh kata takde masalah apa.

Tapi akhirnya…

Fetal distress.

Jantung baby tiba² drop.

…..…..

Subuh² semalam waktu tengah solat terasa air keluar. Cek² rupanya dah leaking + darah turun.

Terus ajak suami ke hospital tapi sebelum tu sempatla kemas² rumah sikit, potongkan buah tembikai untuk Miqdad, pergi sarapan dulu.😁

Sampai je hospital..doktor monitor jantung baby.

Semua ok.

Bukaan jalan pun dah 4 cm tapi takde rasa sakit apa pun lagi.

Tolak masuk labour room terus..

Doc pecahkan ketuban.

Tak lama lepas tu ctg baby tiba² tak cantik.

Memang tak dijangka.

Terkedu. Terkejut.

Terus doktor decide untuk czer.

Tak boleh tunggu lagi.

Alhamdulillah….

Rezeki baby girl kali ni. Merasa la bersalin pembedahan.. mashaAllah, memang ingat mati je dah time tu😌

Siap mengucap dulu sebelum bius.

Bius separuh badan.

Sepanjang czer dengar dan rasa je doktor² belah perut.

Cuma tak rasa la sakit tu.

Kejap je baby dah keluar.

Dengar baby nangis….

Syukur. Senyum terus.

Yang agak lama proses jahit semula tu.

Datang nurse bawakan baby, dapat juga baby breastfeeding dalam bilik bedah tu. MashaAllah pengalaman🥰

Masuk wad dah waktu melawat.. alhamdulillah dapat jumpa #theboys. Rindu yakmat.

Sepanjang duk dalam bilik bedah terbayang je muka Miqdad.. macam manalah si kecik ni dulu survive dengan major open heart operation.. Allahuakbar.

Habis waktu melawat..

Cepat² capai beg dan buka botol vivix, teguk sepuasnya😂

Sebelum ni asyik dengar feedback klien, feedback orang pasal luka czer cepat sembuh dengan vivix..

Kalini diri sendiri la merasa.

Alhamdulillah hari pertama ni dah boleh urus baby sendiri.. mula² memang perit yaAllah. Macam ni ke rasa czer, sakit oi😭

Lama² dah boleh adapt sikit dengan rasa sakit tu, mana taknya..sejam sekali teguk vivix. Nak cepat baik punya pasalkan.

Dah start rasa kesan vivix ni.

Berpeluh² badan, rasa fresh. Hopefully luka cepat recover😍

Mommies yang bersalin czer wajib masukkan vivix dalam list berpantang okey!

Alhamdulillah..

Tak sampai 3 minggu luka dah baik sepenuhnya, takde rasa ngilu pedih sakit semua dah.. boleh handle anak⁴ sendiri, boleh la buat kerja rumah sikit² (adoiii takde dah ghupe pantangnye dengan 4 ketul tu😂)

Alhamdulillah Allah bagi kekuatan. Panjang lagi ni perjalanan huhu. Semoga baik² je semua…

Tq baca sampai habisssss🤭

Special thanks to all doctors and staffnurse Hospital Kajang, layanan dan servis sangat baik dan bagus, and i am so happy for that.

Pengalaman empat² anak bersalin gov hospital – semuanya ok dan seronok. May Allah bless all of u😘

Pengalaman-bersalin-czer-hospital-kajang

Lepas tiga hero, dapat jugak sorang pwincess alhamdulillahhh

Pengalaman-bersalin-czer-hospital-kajang
Meriah pipi ku haha. Takpe kita diet nanti suruh si Arwaa sedut segala lemaks ummy😂

Nak order Vivix, klik SINI

Nak dapat harga ahli, klik SINI

#EnjoyConfinementWithVivix
#SetPostnatalShaklee

I am a wife to a great husband. I am a proud mother to three adorable sons. I am a fulltime work at home mom. I am breastfeeding my 3 sons, and looking forward to breastfeed my next babies. I like to share my little experiences in parenting, breastfeeding, pregnancy because every journey is unique. Bundle of joys, Ayyash, Miqdad & Ubaidah.

Leave A Reply

CommentLuv badge