Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

8 Nasihat Yang Jarang Kita Dapat Tentang Anak

0

Biasanya orang tanya kita tentang ‘bila nak ada anak’ atau ‘bila nak tambah anak’ dan nampak anak ramai tu bagus, rezeki katanya… tp jarang kita didedahkan dgn hakikat sebenar beranak-pinak.

8 Nasihat Yang Jarang Kita Dapat Tentang Anak

1. Berikan anak2 susu ibu sejak dari lahir & secara eksklusif (tak campur) sehingga usianya 6 bulan. Bila anak dah mula makan makanan pejal, teruskan penyusuan hingga usianya sekurang-kurangnya 2 tahun.

2. Bayi cepat besar jadi tak perlu beli baju banyak2 sangat. Lagipun nanti yang datang visit biasanya hadiahkan baju. Bila anak dah tak muat, simpan utk anak seterusnya pula. Jangan risau anak kecik hati dapat baju second hand… yang kecik hati tu mak ayahnya, anak tak tau apa pun.

3. Kos pengasuh memang mahal. Apa lagi kalau hantar nursery. Bukan mereka nak cekik darah tapi kos yg mereka tanggung pun tinggi. Dari yuran tu la nak bayar sewa, bil, gaji cikgu… takkan nak bayar gaji cikgu 3-4 ratus je. Mereka pun ada keluarga.

4. Mesti spend masa berkualiti dengan anak2 sepanjang mereka membesar. Masa berkualiti tak perlu lama, sejam sehari atau 30 minit sehari dah cukup untuk bersama mereka tanpa gangguan telefon tangan.

5. JANGAN MERUNGUT tentang anak-anak. Mereka tak minta pun dilahirkan. Malah kena rasa kasihan pada mereka dilahirkan ke dunia yg penuh pancaroba ni. Lindungilah mereka.

6. Jangan banding anak2 hari ni dengan “Kita dulu” atau “Mak kita dulu”. Kita dulu bawa 30 sen ke sekolah pun cukup. Anak2 bawa RM1 pun boleh beli nasi tanpa lauk je.

7. Perbelanjaan anak2 makin lama makin tinggi. Sebagai ibu bapa lakukan langkah penjimatan dan menambah pendapatan dari awal. Jangan dah terkena baru nak meradang.

8. Jadikanlah anak2 sebagai motivasi untuk bekerja dgn lebih rajin dan dedikasi. Makin ramai anak, makin rajin bekerja, makin murah rezeki.

I am a wife to a great husband. I am a proud mother to three adorable sons. I am a fulltime work at home mom. I am breastfeeding my 3 sons, and looking forward to breastfeed my next babies. I like to share my little experiences in parenting, breastfeeding, pregnancy because every journey is unique. Bundle of joys, Ayyash, Miqdad & Ubaidah.

Leave A Reply

CommentLuv badge