Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Mommies Me Time, Lets Grow Together!

0

Tahun ni dah masuk tahun ke-4 saya sebagai WAHM.

Bila ahli keluarga bertambah, saya bertambah excited kerana peluang rezeki makin terbuka luas. Saya ada target & cabaran baru untuk dicapai & dikerjakan. Isn’t that interesting?

Saya sangat percaya, setiap anak ada rezekinya masing2, & saya tumpang rezeki mereka. Setiap tahun keperluan anak2 bertambah, & rezeki makin mudah. Kenapa makin mudah? Sebab kita dah pun belajar & berusaha sebelum ini, bila dah ada pengalaman, ia jadi makin mudah kan. Contoh macam buat makanan baby. Masa anak pertama, terkial2 nak sediakannya. Bila anak yg seterusnya, dah tau tips & tricknya.

Anak2 saya adalah sumber inspirasi untuk belajar & bekerja dgn lebih gigih. Perhatian kepada anak makin kurang? Saya mengamalkan konsep ‘masa yg berkat’. Sama mcm konsep harta yg berkat… Ada orang harta banyak tapi asyik rasa tak cukup. Ada orang tak ada harta tapi serba cukup siap berlebih. Semuanya bergantung pada kita. Manusia dijadikan dgn otak superpower yang membenarkan kita jadi apa saja yg kita nak, bila kita gunakannya dgn betul.

Kalau nak apa yg kita usahakan berkembang dengan baik, layanlah keluarga dengan sebaiknya. Terutama yg ada direct connection dgn kita – ibu bapa, suami & anak2. Bila diorang happy, insya-Allah mudah dan berkah semuanya.

Jika apa yg kita buat (bisnes di rumah) menjadi penyebab hubungan keluarga renggang – e.g. sering marah & bengang pada pasangan & anak2 tanpa sebab atau benda remeh, muhasabahlah balik, apa niat nak jadi WAHM. Dan cubalah betulkan serta kawal emosi. Makin kita layan keluarga dgn tidak baik, bukan saja mereka makin terluka, kita juga terluka & bisnes tak ke mana.

Jangan pernah rasa anak2 sebagai gangguan. “Tak boleh lah, anak kecil…” Sebenarnya anak kecil lah yg mudah kita nak buat apa-apa. Bila kita dah mula semasa anak masih kecil, bila mereka besar, kita & mereka pun dah terbiasa dengan rutin. Walau anak 15 orang pun akan jadi mudah.

Yang penting, banyakkan bergantung pada Allah SWT. Usaha niat kerana Allah. Biar orang nampak kita hina, bodoh, tak bernilai…itu masalah mereka. Lihat lah diri kita dari kacamata cerminan berpasakkan agama. Islam memberitahu kita supaya jadi umat terbaik. Berbuatlah utk redha Allah, bukan approval orang. Orang2 keliling tak dapat beri syafaat pun buat kita.

 

Alhamdulillah syukur untuk todays recharge. Mama me time sangat..thanks gais!

I am a wife to a great husband. I am a proud mother to three adorable sons. I am a fulltime work at home mom. I am breastfeeding my 3 sons, and looking forward to breastfeed my next babies. I like to share my little experiences in parenting, breastfeeding, pregnancy because every journey is unique. Bundle of joys, Ayyash, Miqdad & Ubaidah.

Leave A Reply

CommentLuv badge