Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Kenapa Tak Boleh “Cukuplah Dengan Apa Yang Ada”?

0

Bila diberitahu “Tak payah nak ajak-ajak orang jadi kaya. Tak payah nak takut-takutkan orang dgn kesusahan. Allah jaga semua rezeki hamba Dia”.

Mendengarkannya, saya cuma… “OK.. terima kasih”.

Saya ni… bukan nak cakap besar… dari pengalaman hidup yg dah tinggal beberapa tahun je ni.. saya tengok, saya nampak, saya rasa…

Apa perasaan bila jiran datang rumah kita minta apa2 yang ada sebab “TAK ADA MAKANAN, TAK ADA DUIT NAK MAKAN”….?

Apa perasaan bila anak jiran datang rumah minta apa-apa makanan sebab rumah dia takde makanan….?

Apa perasaan bila terpaksa pejam mata bila jiran selamba ambil apa yang dia boleh makan dari tepi2 jalan. Kita tahu dia orang takde duit, takde makanan,…. ?

Apa perasaan bila anak jiran mengadu sedih tak dapat sambung belajar sebab mak ayah tak ada duit…?

Orang yang taknak jadi kaya, dan takmau orang lain jadi kaya, bagi saya satu je – selfish.

Kita rasa hidup kita dah cukup je dgn apa yang ada. Kita rasa tak ada duit, tp tak ada duit tu utk penuhkan nafsu je. Makan pakai ok je… Tapi kita tak sedar… nu kat luar sana nu… berlambak2 yg TAK ADA DUIT NAK MAKAN. Budak2 kecil mencuri sebab NAK MAKAN. Lapar!

Yang korek tong sampah cari sisa makanan, sebab apa? Mereka lapar… 😭

Saya pegi rumah anak yatim, duduk dgn diorang, cakap2 dgn diorang… yg yatim piatu, yang susah.. ye, ada je yg terima bantuan berterusan, tapi satu hal mereka tetap kurang, takde orang yg nak manjakan diorang.

Yang tak terima bantuan, berlambak. Harapkan derma ihsan orang ramai. Ada yg bulan puasa je makan sedap2. Maklumlah bulan puasa ramai org keluar sedekah.

Yg ni saya tak pernah alami, tp saya baca rencana tentang seorang gadis Islam yg terpaksa bekerja di tempat maksiat sebab tak ada orang nak terima dia. Kelulusan tak ada. Tapi perut kena isi. Jumpa peluang apa saja yang datang, terima sajalah, janji dapat duit.

Entah lah hai. Kalau kita banyak bergaul dgn org2 susah, kita akan jumpa sebab kenapa mesti kaya dan mesti bawa orang lain jadi kaya juga.

Ramai takut jadi kaya sbb selalunya yg kaya tu dikait dgn Firaun lah, Qarun lah… itu kaya terlaknat. Banyak giler contoh wali2, nabi2, ulamak2 yg kaya tapi takde siapa nak hightlight pun.

Di usia macam ni, ada sebilangan anak2 rakan sekolah saya yg tak belajar. Tak mampu… mak ayah takde duit…. ye… yuran dah free, tp baju sekolah, belanja sekolah, buku2?

Mak ayah diorang nak fikir “Apa keluarga aku nak makan hari ni?” Pun dah pening…. ini kan nak fikir pasal sekolah, etc.

Mampu ke tidur malam dgn perasaan “Bersyukurlah… keluarga aku cukup makan pakai segala….”? “Bersyukurlah… ada yg lebih susah dari kita….”?

—-

*Coretan ni cukup untuk ingatkan saya bila mula rasa “Cukuplah dgn apa yg ada”.

Mula bina bisnes sendiri.

Cipta masa depan.

DAFTAR SINI (KLIK SINI)

Atau

WHATSAPP SINI

I am a wife to a great husband. I am a proud mother to three adorable sons. I am a fulltime work at home mom. I am breastfeeding my 3 sons, and looking forward to breastfeed my next babies. I like to share my little experiences in parenting, breastfeeding, pregnancy because every journey is unique. Bundle of joys, Ayyash, Miqdad & Ubaidah.

Comments are closed.