Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Kembali Melakar Cinta, Meluah Rasa

0

Assalamualaikum

 

Lama teratak ini ditinggalkan. Jutaan kemaafan buat para pengunjung yang setia menyelak lembaran entri sambil kehampaan tidak ketemuan update terbarušŸ˜‚

 

Sebetulnya, banyak perkara berlaku sehinggakan penulis terpaksa melupakan sebentar komitmen diruangan ini.

 

Seperti yang telah penulis maklumkan, Alhamdulillah kami dikurniakan cahayamata kedua pada 5 Julai yang lalu. Syukur, mujahid kami selamat hadir ke dunia. Tetapi, khabar yang diterima daripada doktor pada usianya sebulan, hampir membuat jantung ini terasa seperti mahu gugur jantung.

 

Putera kedua kami dikhabarkan menghidap penyakit jantung berlubang dan memerlukan pembedahan segera. Syukur, Allah masih titipkan kekuatan buat hati untuk bertahan. Kami yakin pasti Allah sedang sediakan sesuatu yang jauh lebih baik buat anakanda kami.

 

InshaAllah.

 

Laman ini akan kembali segar dengan perkongsian cinta, ilmu dan pengalaman berharga. Sokongan anda semua amat dihargai.

 

Sehingga bertemu lagiā¤ļø

Salam Kasih dari Ummu ‘Ayyash.

 

 

I am a wife to a great husband. I am a proud mother to three adorable sons. I am a fulltime work at home mom. I am breastfeeding my 3 sons, and looking forward to breastfeed my next babies. I like to share my little experiences in parenting, breastfeeding, pregnancy because every journey is unique. Bundle of joys, Ayyash, Miqdad & Ubaidah.

Leave A Reply

CommentLuv badge