Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

[INFOGRAFIK] TIP DIET SIHAT SEMASA SAHUR SUPAYA BODY FIT

0

Assalamualaikum =)

Ramadhan makin hampir dengan kita.. Ada yang dah siap praktis sebulan awal untuk bangun sahur kan? Tapi tau tak apa persediaan dan diet terbaik ketika bersahur?

Walaupun sahur tu kena makan pepagi sebelum Subuh, bukan bermakna kita makan asal makan je. Sebab, sahur ni ternyata jauh lebih penting berbanding berbuka puasa. Tubuh kita harus dibekalkan nutrisi yang cukup sehingga waktu berbuka. Bagi anda yang menginginkan tubuh yang fit selama berpuasa, cuba tip berikut ini :

TIP DIET YANG SIHAT SEMASA SAHUR SUPAYA BODY FIT

diet sihat sihat
1# Mulakan sahur dengan meminum segelas air putih. Ketika berpuasa tubuh akan kehilangan banyak cairan.

2# Buah-buahan adalah menu yang baik untuk sahur dan juga untuk berbuka. Buah-buahan mengandung elektrolit yang memberi kesegaran pada tubuh dalam melakukan aktiviti.

3# Ketika berpuasa, zat besi dalam tubuh akan menurun kerana berkurangnya jumlah sel darah merah dalam tubuh. Akibatnya tubuh akan lebih lesu, mengantuk disebabkan kuantiti oksigen yang dibawa sel darah merah tidak mencapai tahap maksima.

Pengambilan makanan yang mengandungi zat besi ketika bersahur akan mengawal kadar hemoglobin dalam tubuh, salah satunya dengan meminum jus tanpa gula.

4# Pilihlah karbohidrat kompleks, seperti beras perang berbanding beras putih, atau roti gandum berbanding roti putih, kerana ia akan membuat gula darah stabil sepanjang hari. Kurangkan pengambilan minuman/makanan manis kerana makanan yang manis akan membuat anda cepat lapar.

Makanan yang mengandungi banyak gula akan membuat tubuh beroperasi melepaskan insulin dengan cepat. Sehingga badan akan meminta tambahan energi baru, kerana itu anda akan cepat merasa lapar. Pilihlah manis semulajadi seperti Performance drink yang ada dalam Set Mighty 3 Gems ini.

#5 Untuk lauk pula, anda boleh menambah lauk yang kaya dengan protein seperti tempe, tauhu, kekacang, daging atau ikan. Saya sendiri lebih mudah ambil protein semulajadi ESP yang ada dalam Set Berpuasa ni =)

#6 Elakkan menu bergoreng ketika sahur. Makanan yang digoreng menyebabkan ikatan oksigen berkurang sampai 20 peratus. Ini dapat menimbulkan rasa mengantuk sepanjang hari.

#7 Lengkapkan sarapan sahur  dengan pengambilan makanan yang mengandungi magnesium dan potassium yang basanya boleh didapati daripada pada kurma, pisang dan kacang almond. Magnesium membantu tubuh menghasilkan tenaga untuk melakukan aktiviti sepanjang hari.

#8 Elakkan pengambilan kafein, minuman bergas, dan garam berlebihan untuk mengelakkan daripada badan terdehidrasi. Sebaiknya ambillah air elektrolit semulajadi supaya dapat membantu mencegah daripada dehidrasi walaupun cuaca panas.

 

tip diet(1)

Kalau anda berminat nak dapatkan ebook 20 TIP KURUS RAMADHAN, sila emel kepada saya untuk saya berikan ebook tersebut secara PERCUMA =)

 

Salam Sayang,

Ummu ‘Ayyash | Zulaikha Ali

Shaklee ID 1075383

sakieenah@yahoo.com

018-3164133

Pengedar Shaklee Kawasan Muar & Seluruh Malaysia

I am a wife to a great husband. I am a proud mother to three adorable sons. I am a fulltime work at home mom. I am breastfeeding my 3 sons, and looking forward to breastfeed my next babies. I like to share my little experiences in parenting, breastfeeding, pregnancy because every journey is unique. Bundle of joys, Ayyash, Miqdad & Ubaidah.

Leave A Reply

CommentLuv badge