Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Betul Ke Bisnes Mesti Ada Produk Sendiri?

0

Ramai orang salah faham, bila disebut BISNES, dalam kepala mesti ada PRODUK SENDIRI.

Saya & team saya selalu juga terima komen2 seumpama “eleh, jual produk org je pun” “tok guru saya kata jual produk orang bukan bisnes” dan sebagainya lah.

Hah, macamana?

Kita tgk definisi bisnes dalam kamus Oxford:

“the activity of making, buying, selling or supplying goods or services for money”

Tak ada pun tulis “YOUR OWN BRAND”.

Kalau menjual produk orang tak boleh dikategorikan sebagai bisnes, maka segala pemilik supermarket, kedai runcit tu semua dikira sebagai apa?

Bila ada term “produk orang” ni biasanya orang ingat benda mudah2 macam dropship. Dropship pun tak lah mudah pun rasanya.

Saya bina bisnes ni dari 0. Umpama kertas putih, dan satu demi satu dicorakkan dgn macam2 pengalaman. Begitu juga dgn leader2 iReach yang lain. Tidak ada satu pun yang mula2 bisnes, terus ada empayar. Semua bermula dari satu titik yang sama.

Yang nak mudah2, nak copy-paste & terus dapat sales, benda tu tak ada dlm bisnes yang saya buat. Mesti mula dari bawah. Mesti bina jiwa usahawan.

Bisnes tu tak perlu nak gah, tak perlu ada nama sendiri dicop di packaging mana-mana. Tak perlu pun.

Yang penting apa yang kita buat utk MANFAAT kepada ummah melalui diri kita.

Org berniaga sebenarnya buat kerja mulia – bantu masyarakat dapatkan barang2 yang diperlukan oleh mereka. Bukan bertanding siapa paling hebat, siapa ada jenama sendiri, siapa ada brand paling besar, etc.

I am a wife to a great husband. I am a proud mother to three adorable sons. I am a fulltime work at home mom. I am breastfeeding my 3 sons, and looking forward to breastfeed my next babies. I like to share my little experiences in parenting, breastfeeding, pregnancy because every journey is unique. Bundle of joys, Ayyash, Miqdad & Ubaidah.

Leave A Reply

CommentLuv badge