Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Apa Yang Kita Rasa, Itu Yang Kita Doa

0

Apa yang kita rasa tentang anak2 kita, itulah mereka..kalau kita rasa anak kita degil, mereka jadi degil. Kalau kita rasa anak2 kita hebat, mereka pasti jadi hebat. Kita rasa anak kita beban, begitulah juga hasilnya.

Sebab apa yang kita rasa.. itulah DOA kita pada mereka.

Lebih2 lagi ‘rasa’ seorang mak, sebab doa mak ni takde hijab. Apa yang mak sebut, mak fikir dan rasa tentang anaknya..begitulah Allah memakbulkannya.

Bukan pada anak2 kecil je. Yang dah dewasa macam kita ni pun (especially yang masih ada mak), rasa seorang ibu terhadap kita pun boleh jadi DOA yang sangat powerful.

Contoh yang biasa berlaku,

Tak kisahlah kita kerja dari rumah ke atau bekerjaya, bila kita hulur duit kat mak ayah, apa yang mak ayah kita rasa tentang kita – boleh jadi DOA buat kita.

Kalau mak kita rasa, “Kesiannya anak aku kena hulur duit kat aku. Cukup ke nanti dia nak belanja..” – sebab ‘rasa’ emak begini, mungkin sebab tulah anak tadi asyik tak cukup memanjang sebab doa mak begitu.

Kalau mak kita rasa, “Kaya anak aku ni, walaupun buat bisnes dari rumah je tiapkali balik kampung ade je hulur (walaupun tiapkali hulur tu sekeping Rm 50 je)”

Bila mak selalu ‘rasa’ anaknya hidup senang, rezeki melimpah.. itulah juga DOA tanpa sedar seorang emak terhadap anaknya.

Sebagai anak, kita mesti suka bila mak kita terima apa yg kita hulur, walaupun mungkin tak banyak, tapi mak gembira dan doa mak tu sangat kita harap.

Dan sebagai mak, memang tak mahu susahkan anak, tapi perasaan emak itulah yg jadi doa ..yang boleh menarik kesenangan atau kesusahan dalam hidup anak.

Mari rasa yang baik-baik
Moga yang baik saja hadir
Dan memenuhi kehidupan kita

Zulaikha Ali
U attract what u feel.
zulaikhaali.com

#ShakleeBizLeader
#ZedNaInspiration

I am a wife to a great husband. I am a proud mother to three adorable sons. I am a fulltime work at home mom. I am breastfeeding my 3 sons, and looking forward to breastfeed my next babies. I like to share my little experiences in parenting, breastfeeding, pregnancy because every journey is unique. Bundle of joys, Ayyash, Miqdad & Ubaidah.

Leave A Reply

CommentLuv badge