Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

5 Perkara Perlu Anda Ingat Ketika Anak Tantrum

5

Assalamualaikum 🙂

Sejak ‘Ayyash melepasi usia setahun, Zue dapat rasa dia dah mula pandai tantrum. Daripada sekali dua, dah makin kerap sampaikan hari-hari memang enjoy dengan tantrum dia yang macam-macam tu. Huhu..

Sebagai mak ayah, kadang-kadang mungkin kita rasa yang kita ni bukanlah mak ayah yang baik bila anak asyik kerap bertantrum. Lagilah kalau kita ni baru lagi nak berjinak dengan ragam anak kecil, mesti kita rasa moment tantrum ni adalah saat yang paling menyesakkan dada dalam hidup kita.

JANGAN STRESS, IANYA NORMAL

tantrum anak

Tapi, tahukah kita yang tantrum anak itu sebenarnya sesuatu yang normal dan itulah bukti bahawa anak kita yang comel tu sedang mengalami proses belajar dan membesar?

Pengalaman cetek Zue sendiripun, masa ‘Ayyash mula-mula kerap tantrum dulu, rasa macam nak mengamuk juga. Sangat stress. Lagilah bila suami selalu takde, memang harapkan kita untuk uruskan tantrum anak seorang diri. Allahu akbar. Memang sangat menguji kesabaran betul masa tu.

Tapi lama kelamaan Zue mula belajar untuk bertenang dan biasakan diri untuk enjoy setiap moment tantrum ‘Ayyash. Ada lima perkara yang Zue rasa boleh buatkan hati ni lebih sabar dan kuat untuk layan setiap tantrum anak. Fuh, bukan senang tau!

1# Ini Perkara Normal

merajuk
‘Ayyash tengah merajuk 🙂

 

Sebagai ibubapa, kita kena sedar yang tantrum ni memang perkara normal untuk bayi yang sedang alami proses membesar. Jadi apa yang kita kena buat, cuba dan cuba untuk tenangkan diri dan layan anak sebaik mungkin.

Perkara paling utama yang Zue cuba elak adalah tinggikan suara. Lagi kuat ‘Ayyash menangis, lagi slow pitching suara Zue, supaya anak tak rasa dimarahi dan rasa selamat dengan kita. Dan Alhamdulillah, it really work! Tantrum ‘Ayyash cepat reda. 🙂

2# Alihkan Perhatian Anak

Banyak sebab anak tantrum. Oleh sebab kita gagal memahami kehendaknya, jalan yang paling mudah untuk anak ekspresikan ketidakpuasan hati adalah dengan tantrum. Jadi, apa yang Zue selalu buat adalah dengan alihkan perhatian ‘Ayyash kepada apa-apa sahaja yang akan buatkan dia diam..

Kadang mungkin anak lapar, tapi kita tak faham apa yang disampaikannya.

Kadang anak nak main, dan kita sibuk dengan urusan lain.

Kadang anak mungkin nakkan sesuatu yang kita halang daripada diambil, jadi alihkan sebolehnya perhatian dia kepada apa yang menarik minatnya.

3# Anak Sedang Belajar

Tantrum ni adalah satu proses belajar bagi anak-anak kecil. Sentiasa remind diri kita yang bahawa anak kita bukan dewasa seperti kita. Mereka masih tak tahu macam mana nak ekspresikan emosi kekecewaan, kesedihan dan kesakitan mereka dengan lebih cultural.

Selalunya Zue akan peluk anak, dan alihkan terus perhatian dia kepada perkara lain. Dan Alhamdulillah, ragamnya tak lama. Cuma bila saya gagal memahami kehendaknya, buatkan dia menangis dalam tempoh yang agak lama sehingga dapat apa yang dia nak. 🙂

Perlahan-lahan, cuba ajar anak kita untuk ekspresikan emosi mereka dengan lebih baik tanpa ada adegan tantrum lagi.

4# Tantrum Bukan Untuk Selamanya

YA. Ini antara the big why Zue rasa mampu tenangkan diri bila anak tantrum. SEBAB ianya bukan selamanya. Hanya dalam beberapa tempoh dan fasa dalam hidup anak kita, mereka mengalami proses begini. Jadi, bila ‘Ayyash tantrum, adakala Zue akan gelak sendirian melihat gelagat si comel yang berbagai kerenah ni.

Oh, mak kita dulu pun hadapi benda yang sama masa membesarkan kitakan? So this is my turn! Alhamdulillah Allah beri peluang rasa nikmat yang satu ini. 🙂

5# Belajar Atasi Agar Tantrum Tidak Berulang

Walaupun kita tahu perkara ni adalah normal dalam fasa pembelajaran si manja, itu bukan bermakna kita kena biarkan je bila anak tantrum, tanpa kita belajar macam mana nak elakkan ianya berulang.

Jadi bila beberapa kali ‘Ayyash tantrum, benda ni buat kita belajar, apa punca anak tantrum. Bila dah tahu punca, so lepas ni lebih mudah untuk kita elakkan ia berulang! Secara tak langsung kita belajar juga untuk faham kehendak si manja kita, gaya bahasa yang ia gunakan, dan apa yang dia mahu dari kita!

JANGAN BIARKAN BADAN LETIH

Satu perkara yang Zue rasa, antara punca Zue mudah sangat stress dan marah bila anak tantrum adalah sebab badan letih dan lesu. Bila badan kita letih, automatik emosi kita pun akan mudah terganggu juga. Tak larat layan anak tantrum, tak boleh dengar anak menangis, mudah je nak naik suara dan tangan..kan?

ALHAMDULILLAH.

Lepas ikut nasihat AkakManis ni untuk atasi letih lesu badan, saya rasa perubahan besar dalam diri saya. NO MORE PAINKILLER. NO MORE DRUG. NO MORE MC. 🙂

Sangat bersyukur!

Setiap kerenah dan ragam anak pun Zue mampu hadapi dengan senyuman! 🙂

Sharing Is Loving,

Ummu ‘Ayyash

Shaklee ID 1075383

018-3164133

 

I am a wife to a great husband. I am a proud mother to three adorable sons. I am a fulltime work at home mom. I am breastfeeding my 3 sons, and looking forward to breastfeed my next babies. I like to share my little experiences in parenting, breastfeeding, pregnancy because every journey is unique. Bundle of joys, Ayyash, Miqdad & Ubaidah.

Discussion5 Comments

  1. Zulaikha Ali

    Betul tu.. Anak belajar, ibu ayah pun belajar juga. Belajar kawal emosi mmasing-masing 🙂

  2. noorfazlina bt husin

    Nk tanya blh bg tips x spya ank y umur 3 thn x buli adik y br 5 bln..abg dia suka cubit n tarik.rambut adik dia la..x tau nk wat camne

Leave A Reply

CommentLuv badge